Monday, July 26, 2010

draf pindaan SHO 2010

RINGKASAN CADANGAN PINDAAN
PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN) 1997
DAN
PERINTAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN) 1997
1. Bagi pindaan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997, berikut adalah cadangan perubahan atau tambahan yang telah diadakan:-
i. Terdapat dua (2) gred Pegawai Keselamatan dan Kesihatan iaitu Gred Pertama (First Grade) dan Gred Kedua (Second Grade). Bagi mana-mana SHO yang berdaftar dengan JKKP, apabila Peraturan tersebut dikuatkuasakan, secara automatik akan menjadi Pegawai Keselamtan dan Kesihatan Gred Kedua.
ii. perubahan pada kelayakan yang diperlukan untuk pendaftaran sebagai SHO Gred Pertama atau Gred Kedua.
iii. syarat yang diperlukan untuk kenaikan daripada SHO Gred Kedua ke SHO Gred Pertama.
iv. Terdapat perubahan kepada keperluan untuk Continuous Education Programme (CEP) bagi tujuan pembaharuan pendaftaran.
v. Ketua Pengarah JKKP untuk boleh enggan membaharui pendaftaran dan juga pembatalan pendaftaran SHO.
vi. Majikan dan SHO hendaklah memberitahu Ketua Pengarah JKKP dengan cara bertulis, apabila samada dilantik, ditamatkan atau perletakan jawatan sebagai Pegawai Keselamatan.
vii. SHO yang telah dibatalkan pendaftarannya, sijil pendaftaran Pegawai tersebut hendaklah diserahkan kepada pejabat JKKP yang terdekat.
1
viii. Salah laku (misconduct) SHO boleh dikenakan hukuman jika didapati bersalah.
ix. Yuran yang dikenakan untuk mendapatkan sijil perdaftaran yang baru dan juga yuran proses verifikasi.
2. Manakala bagi pindaan Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan kesihatan) 1997, perubahan-perubahan adalah seperti berikut:-
i.Kerja pembinaan kejuruteraan (work of engineering construction) dan pengendalian bangunan ( building operation) telah diberi satu tafsiran baru.
ii. Kelas industri telah diperluaskan mengikut Jadual 1 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
ii. Satu jadual telah diadakan bagi menerangkan keperluan untuk mengadakan gred-gred tertentu SHO mengikut kelas-kelas industri.

No comments:

Post a Comment